Tips melancong ketika bulan puasa


Tips melancong ketika bulan puasa

Selamat sejahtera... Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya 😊

Jangan jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk membataskan aktiviti pelancongan anda. Even dalam negara pun di kira melancong juga tau :) Mengisi waktu di bulan puasa dengan melancong boleh dijadikan satu alternatif yang menyeronokkan berbanding kita bermalas-malasan di rumah.. Ye ke idok ????

Hana pun dalam perancangan nak melancong ketika bulan puasa. Pernah sekali Hana melancong ke Cameron Highland dari Kota Bharu pada hari pertama bulan puasa. Waaah menarik bukan... Tapi kali ni mungkin lebih jauh sikit. Luar negara mungkin. Insyallah... Boleh merasai dan melihat sendiri suasana di bulan puasa di tempat orang kan.

Tips melancong ketika bulan puasa


Image result for melancong

Pastikan tahap kesihatan anda berada di tahap maksimum. hehehe Nama pun melancong, bulan puasa pula tu..

Pemilihan destinasi yang sesuai. Kalau pergi negara yang ada 4 musim. Pastikan musim tu sesuai dengan anda, Ada musim waktu siangnya panjang dari waktu malam dan sebaliknya.. Kalau terlalu sejuk pun tak elok juga kan tapi boleh ja.. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan..

Tempat berbuka puasa yang halal. Ada sesetengah hotel siap dengan dapur, boleh la bawa bekal dari Malaysia macam sardin ke sambal ikan bilis atau pelbagai jenis bahan kering kemudian masak di sana.  Kalau tak nak juga. google lah dari awal mengenai tempat makanan halal yang terdapat di destinasi anda. Ada juga yang berbuka puasa di masjid. Boleh juga merapatkan hubungan sesama manusia kan :)

Jangan tertinggal waktu sahur. Makan di waktu sahur dapat memberi tenaga sepanjang hari. Percutian anda mesri memerlukan perjalanan yang panjang. Oleh itu, pentingnya waktu sahur untuk mengelakkan anda terlampau letih. Contohnya makanan yang memberikan anda tenaga ialah kurma, pisang, nasi, kentang dan yang paling penting air mineral.


Jadikan pelancongan ini satu cabaran untuk kamu semua :)


5 orang dah komen :

Anum said...

great sharing

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus tips ini. Boleh guna jika nak berjalan-jalan bulan puasa nanti.

Jobdirumah Buat Duit said...

Tips yang nampak mudah. Tapi jarang diberi perhatian. Boleh nak guna bulan puasa nanti.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tips yang berguna. Boleh nak amalkan tips ini.

Nina Mads said...

nice tips tak terpk nk melancong time puasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...